Saturday, 2 April 2016

BAB 4 : AKTA KONTRAK (PART 2)


- Antara elemen yang perlu ada untuk menjadikan suatu kontrak itu sah dan boleh dikuatkuasakan      oleh undang-undang iaitu :

  • tawaran
  • penerimaan
  • niat
  • balasan
  • kepastian
  • keupayaan
  • kerelaan
- Tanpa elemen-elemen ini boleh mengakibatkan kontrak itu tidak sah dan tidak boleh  dikuatkuasakan oleh undang-undang.

TAWARAN :
  • Cadangan atau tawaran dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima.
  • Tawaran mestilah tepat, lengkap, dan muktamad.
  • Penerima tawaran mesti disebutkan samada individu, sekumpulan individu, atau umum.
PENERIMA :
  • Menerima tawaran atau cadangan daripada pihak yang membuat tawaran.
  • Antara 5 elemen penerimaan ialah : 1.       Jelas, tepat dan muktamad
  •                                                                 2.       Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika                                                                        tawaran menetapkan cara penerimaan.
                                                                    3.       Mesti dikomunikasikan
                                                                    4.       Dibuat dalam jangka masa yang munasabah
                                                                    5.       Dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran                                                                         mengetahui dan menerimanya.
BALASAN :
  • Menurut kehendak pembuat janji.
  • Menahan siri daripada melakukan sesuatu.
  • Perbuatan atau penahanan diri itu disebut balasan untuk janji itu.-seksyen 2(d) Akta kontrak
  •  Antara unsur balasan ialah : 1.       Timbal balik
                                                         2.       Balasan tak semestinya berpadanan
                                                         3.       Balasan lampau adalah sah
                                                         4.       Mesti sah di sisi undang-undang
                                                         5.       Balasan tak semestinya datang daripada penerima janji.
TIGA JENIS BALASAN :
  1. Balasan Eksekutori - ialah balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan

  2. Balasan tersempurna - adalah janji atau balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji atau balasan pihak yang satu lagi dilaksanakan.
  3. Balasan lepas atau balasan lampau - adalah balasan atau perbuatan yang sudah dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat. Janji dibuat bagi membalas perbuatan yang telah dilakukan itu.
NIAT :
  • Maksud dan kehendak.
  • Perjanjian tidak semestinya menjadi kontrak tetapi dengan niat untuk adakan hubungan yang mengikat.
  • Pihak yang terlibat harus faham dengan kontrak yang dibuat.
  • Tanpa kontrak formal bermaksud tiada niat.
KETENTUAN/KEPASTIAN :
  • Kontrak yang sah merupakan kontrak yang jelas dan tidak samar.
  • Perjanjian yang hanya difahami sebelah pihak sahaja akan terbatal secara automatiknya.
  • Perjanjian yang dibuat mestilah faham dan jelas apa yang dijanjikan dan tidak kabur boleh meneruskan kontrak tersebut.
  • Perjanjain yang kabur dan tidak jelas akan menyebabkan kontrak tersebut terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan.
ANTARA SYARAT KEPASTIAN YANG JELAS IALAH :
  1. Bahasa yang jelas.
  2. Syarat-syarat kontrak ditentukan.
  3. Ada persetujuan dari kedua belah pihak.
KEUPAYAAN :
  • Seseorang yang layak membuat kontrak mestilah dewasa, berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk berkontrak.
  • Umur majoriti-Akta Umur Dewasa 1971 – Had umur dewasa bagi rakyat Malaysia ialah 18 tahun.
  • Jika pihak tersebut belum mencapai umur 18 tahun maka kontrak tersebut akan terbatal kerana mereka belum ckup umur.
  • Seseorang dikatakan berakal untuk berkontrak sekiranya semasa berkontrak, dia memahami yang dibuatnya dan berkeupayaan untuk membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
PELEPASAN KONTRAK :
4 cara kontrak boleh dilepaskan menurut undang-undang ialah:
  • Pelepasan secara pelaksanaan.
  • Pelepasan disebabkan oleh pecah kontrak.
  • Pelepasan melalui perjanjian.
  • Pelepasan melalui doktrin kekecewaan.
PELAKSANAAN : 
  • Penyempurnaan penuh atau penyempurnaan lengkap kewajipan seseorang itu di bawah kontrak.
  • Pelepasan kontrak boleh berlaku di mana-mana pihak kepada kontrak melaksanakan kewajipan yang telah dipersetujui.
  • Penting untuk setiap pihak mengetahui kewajipan mereka di dalam kontrak.
PECAH KONTRAK :
  • Sesuatu kontrak boleh dilepaskan daripada pelaksanaan jika terdapat mana-mana pihak di bawah kontrak itu gagal mematuhi obligasinya.
  • Pihak yang gagal dianggap memungkiri kontrak.
  • Memberikan hak kepada pihak yang melaksanakan obligasinya dengan menuntut ganti rugi kepada pihak yang memungkirinya.
PERJANJIAN :
  • Penamatan kontrak melalui perjanjian boleh berlaku di bawah Seksyen 63 yang melibatkan penamatan mutlak, pembaharuan dan pindaan, serta di bawah Seksyen 64 yang melibatkan pengetepian pelaksanaan kontrak.
  • Pihak suatu kontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu kontrak baharu, atau untuk membatalkan atau memindanya, maka kontrak asal itu tidak perlu dilaksanakan.
DOKTRIN KEKECEWAAN :
  • Istilah yang digunakan di dalam undang-undang kontrak merujuk kepada berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian yang menjadikan suatu kontrak yang telah dibentuk dengan sempurnanya tetapi kemudiannya menjadi mustahil dan tidak mungkin dapat diteruskan lagi. Di bawah Akta Kontrak 1950 pula, doktrin kekecewaan kontrak ini terkandung dalam seksyen 57 (2).
  • Suatu kontrak untuk melakukan suatu perbuatan yang, selepas kontrak itu dibuat, menjadi mustahil atau oleh sebab suatu kejadian yang pembuat janji itu tidak dapat mencegah, menjadi tidak sah, maka kontrak itu menjadi mustahil atau tidak sah.
KEJADIAN KEKECEWAAN :
  • Hilang atau musnah sesuatu yang menjadi asas kontrak.
  • Kematian dan ketidakupayaan.
  • Ketidakwujudan peristiwa yang menjadi asas kontrak.
  • Campur tangan kerajaan yang melibatkan asas kontrak.
  • Berlakunya peperangan.
  • Tujuan kontrak tidak tercapai.


No comments:

Post a Comment