Saturday, 5 March 2016

BAB 1 - PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ARTIS

BAB 1 : PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ARTIS.

                
PERBEZAAN ANTARA PERSONAL ASISTANT (PA), MANAGER DAN PUBLIC RELATIONS(PR).

1. Personal asistant (PA)
•Menguruskan hal peribadi artis tersebut.
•Contoh : memilih pakaian, menghantar baju ke dobi dan sebagainya.

2. MANAGER
•Mengurus hal perkaitan dengan kerjaya artis tersebut.
•Bagi menjana pendapatan kepada artis tersebut.

3. PUBLIC RELATIONS (PR)
•Merupakan seseorang yang mengurus hal berkaitan media.

PENGENALAN

Terdapat pelbagai bidang industri yang semakin berkembang pada masa kini antara
yang dapat kita lihat salah satunya dalam bidang industri hiburan. Dalam bidang ini
kita dapat menjana pendapatan serta perkembangan industri ini juga memerlukan pelbagai
proses. Pengurusan artis merupakan salah satu bidang yang sangat penting kerana dapat
membantu artis tersebut semakin berjaya dalam bidang yang diceburinya. Selain
itu,pengurus haruslah bijak untuk mencari peluang kepada artis di bawah jagaannya
supaya terus memastikan bakat tersebut dapat ditonjolkan. 

PENGURUS ARTIS :

Merupakan seseorang yang bertanggungjawab untuk memastikan artis di bawah jagaannya sentias
mendapat pelbagai peluang untuk meningkatkan lagi kerjaya beliau. Tujaun sesorang artis perlu
mempunyai seorang pengurus artis ini kerana untuk memastikan pengurus dapat menguruskan aspek
pernigaan dan artis dapat lebih fokuskan kepada perkembangan bakatnya. Manakala, tugas pengurus
artis sebagai seorang penasihat, penganjur, perancang strategi, penyelia, pengurus, dan seorang rakan.

TUGAS PENGURUS ARTIS :

1. Menyelia hal ehwal perniagaan.
2. Memberi nasihat berkaitan hal-hal profesional.
3. Undang-undang berkaitan kontrak.
4. Perancangan jangka panjang.
5. Membimbing artis ke arah peluang baharu.
6. Mmbuat keputusan peribadi yang boleh mempengaruhi kerjaya artis.

FUNGSI PENGURUSAN :

1. Perancangan 
Sebagai seorang pengurus haruslah pandai untuk mengenalpasti matlamat yang mampu memberi
faedah yang sangat baik kepada artis tersebut, Serta perlu untuk berkerjasama dengan pihak lain sama
ada untuk terus meningkatkan lagi kerjaya artis. 

2. Pengorganisasian
Pengurus haruslah bijak untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan kerjayaan artis terus supaya
terus meningkat prestasi beliau. Seperti menguruskan jadual dengan baik dan efektif serta
menguruskan masa dengan baik. Selain itu, pengurus harus mendapatkan pembiayaan kepada artis di
bawahnya.

3. Kepimpinan dan pengarahan
Pengurus perlu menjadi sesorang pemimpin yang baik dan profesional dalam bidang kerjayanya
kepada artis serta pasukannya. Terdapat beberapa tugas yang dapat dilaksanakan olehnya ialah seperti
mengatur jadual artis, menubuhkan kelab pasukan peminat terhadpa artis tersebut dan sebagainya.

4. Pengawalan
Setiap pengurus harus memastikan perancangan yang dilaukan olehnya berjalan dengan baik serta
berkesan seperti mempunyai pengalaman, bijak mengurus masa dan sebagainya. Pengawalan ini
harus dilakukan supaa tidak berlaku sesuatu yang diluar jangkaan sewaktu bekerja.

KEMAHIRAN DAN SIFAT PERIBADI PENGURUSAN ARTIS :

1. Memahami sifat manusia. 
2. Kepimpinan.
3. Kejurulatihan.
4. Rangkaian hubungan
5. Sosial.
6. Komunikasi.
7. Kemahiran lain-lain.

                                                                                                                                            


  

No comments:

Post a Comment